Saturday, January 24, 2009

Inilah luahan hati isteri tahanan ISA.Malaysiakini.



Buku ini dihasilkan oleh 3 orang wanita iaitu Saudari Roha Hassan, seorang aktivis Jamaah Islah Malaysia(JIM), Puan Aliza Jaafar, isteri pada bekas tahanan ISA dua kali YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang dan saya sendiri.
Kami bertiga telah mengumpulkan kisah benar dari beberapa orang isteri tahanan ISA untuk dikongsikan kisah mereka ini bersama masyarakat.
Tujuannya tidak lain hanyalah untuk memberi pengajaran dan peringatan supaya rakyat Malaysia sepatutnya menjadi rakyat yang celik dan faham tentang fitnah dan kejahatan akta zalim ISA ini.


Buku ini boleh didapati di Kedai buku Mehraj, Pasaraya Carrefour Wangsa Maju dan juga boleh beli secara langsung dari saya.
Harga RM15 sebuah.
Sesiapa berminat boleh sms saya di talian 012-6892608 dan saya akan hantar secara pos.

No comments: