Saturday, May 31, 2008

NEGERI SEMBILAN: P132 - Teluk Kemang: PKR Kamarul Baharin Abbas


NEGERI SEMBILAN: P132 - Teluk Kemang: PKR Kamarul Baharin Abbas

State Seats / Polling Districts

N29 - Chuah
Tanah Merah, Kampong Pachitan, Bukit Pelandok, Sungai Nipah, Chuah,
N30 - Lukut
Kampong Jimah Baru, Bandar Spring Hill, Taman Indah Jaya, Kuala Lukut, Pekan Lukut,
N31 - Bagan Pinang
Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampong Bagan Pinang, Si Rusa, Telok Kemang,
N32 - Linggi
Ayer Kuning, Kampong Pengkalan Durian, Pengkalan Kempas, Ladang Sengkang, Kampong Sungai Raya, Pasir Panjang, Bandar Baru Sunggala,
N33 - Port Dickson
Kampong Paya, Kampong Arab, Kampong Chokra, Pekan Port Dickson,
() () () () ()

SELANGOR: N26 - Bangi: PAS Dr. Shafie Abu Bakar


O O O O O O O O O O

Saturday, May 24, 2008

Wednesday, May 21, 2008

MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal


Perak: MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal

Oleh: Johari JaafarIPOH,21 Mei - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan agar apa juga masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan mengikut keupayaan kerajaan negeri.

Justeru itu, Kerajaan Negeri memandang berat masalah yang dihadapi oleh golongan miskin tegar dan ibu tunggal di negeri ini dengan memperuntukkan RM1 juta bagi membantu 5,000 golongan ini bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka.


Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sewaktu menyampaikan ceramah perdananya di Mini Stadium Gugusan Manjoi baru-baru ini.


"Kerajaan Negeri akan cuba sedaya upaya membantu golongan miskin tegar dan ibu-ibu tunggal di negeri ini tanpa mengira fahaman politik, yang penting kita bertekad untuk membantu mereka," katanya.


Menurut beliau lagi, peruntukan RM1 juta itu bagi bantuan kepada 5,000 golongan miskin tegar dan ibu tunggal di mana setiap mereka akan mendapat bantuan 30 kilo beras, lima kampit gula, dua kilo minyak masak dan duit belanja dapur RM100.


Pemberian bantuan tersebut sebagai bukti Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh golongan miskin tegar dan ibu tunggal, katanya lagi.


Beliau berharap golongan tersebut yang akan menerima bantuan tersebut akan dapat menggunakannya bagi meringankan sedikit perbelanjaan harian mereka.
"Kerajaan Negeri sedar peningkatan harga barang barang keperluan telah menyebabkan golongan miskin tegar dan ibu tunggal kian terhimpit dengan kenaikan harga barang barang keperluan," jelasnya.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun, Azrul Zairun Zainal Abidin, menyifatkan bantuan yang bakal diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat itu sebagai satu lagi hadiah kepada rakyat negeri ini.

Beliau kagum dengan kesungguhan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin tegar dan ibu tunggal dalam tempoh yang singkat menerajui pemerintahan di negeri ini.

"Dalam masa 60 hari berkuasa pelbagai pembaharuan dan bantuan diberikan kepada rakyat, ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat benar benar berjiwa rakyat," tegasnya. - mks.

Tuesday, May 20, 2008

Monday, May 19, 2008

Sunday, May 18, 2008

Thursday, May 15, 2008

P111 - Kota Raja: Dr. Siti Mariah Mahmud


==============*******************************===================

P105 - PJ Selatan: Hee Loy Sian



http://heeloys.webs.com/electioncorner.htm

========================================================

Tuesday, May 13, 2008

The End of 2nd Month After PRU12 - from Sagaladoola's Blog

Tuesday, May 13, 2008

The End of 2nd Month After PRU12


[by Sagaladoola]

Previously, I had blogged about the New (or Old) Administration precisely at the end of the 1st month since its inception. Titled
PRU12 Is Not Over Yet ?, it was published in Malaysiakini , Malaysia Today and comment section of Asia Sentinel. Since then, the parliament had presided and I thought finally after 50 years, there will be reform in the way things are being done.

Raja Petra and Arrest

On the 8th of May 2008, precisely the end of the 2nd month, I was greeted by news of Raja Petra (or RPK of Malaysia Today) going on a hunger strike in Sungai Buloh prison for a charge, which later proved to be of another case. Earlier, RPK's home was raided. As a reader since its year of inception, I was shocked. Instantly, the news on RPK spread like wildfire and it has become international. Try these links, to name a few :

CNN : Malaysian blogger faces jail for sedition
Inquirer UK : Malaysian coppers swoop on blogger
AKI - Adnkronos international - Malaysia: Blogger charged with sedition
Agency France-Presse : Malaysian police raid blogger over murder article
Straits Times Singapore : Blogger Raja Petra charged with sedition
UB Post - Mongolia

Two candlelight vigils were held to call for his release. The first, was in front of Penjara Sungai Buloh and the second was on Dataran Merdeka. These reminded me of the Nat Tan incident in July 2007 . I was there to make a voluntary coverage of a similar candlelight vigil in front of the Dang Wangi police station. I could remember that Malaysian bloggers, presumably voters in PRU12 were greatly displeasured. Many NGOs condemned the incident. Nat Tan's case was of a different nature. Surprisingly, the police is quick in dealing with the report on RPK.

It makes me wonder if (not necessarily real) there is someone who waved around with a sword or gun and call for the blood of a certain category or race, the police response would be similar. Of course, neither Nat nor RPK had done something like that.

Bear in mind that RPK is supported and praised by many netizens for his fair stand on national unity regardless of race and religion. As a sympathetic Malaysian, I see it necessary that justice is accorded to the deceased Altantuya. It is sad to see her father, Shaariibuu travelling to Malaysia periodically longing for justice to be served.

Karpal Singh and Sedition Act

Furthermore, there is another police report purportedly on using Seditious Act on Karpal Singh. Karpal earlier spoke in public discussing matters are not within the jurisdiction of certain leadership. Common sense tells me to ask this question : Is it wrong for a law practitioner or a member of Parliament to discuss the roles and responsibilities of a national leader in public as stated and accorded in the Malaysian Constitution?

The Malaysian governance is called Constitutional Monarchy, meaning there is acknowledgment for the existence of Sultans and Agong in reference with a Federal Constitution. State matters are ruled by State Constitutions which do not contradict with the highest law of the land, the Federal Constitution.

From what I have gathered, I did not read in the papers of any call for the abolishment of the monarchy. There were no gigantic demonstrations in front of the palace with banners describing "Natang" or any derogatory words to date. So, it would not be appropriate to equate Karpal's case with any other case with such nature.

Conclusion and Other Matters

Four days ago was 8th May 2008 , the end of the 2nd month post PRU 12. The 1st month completed with plenty of blaming, megaphone diplomacy and internal bickering within BN and Pakatan Rakyat. The dust has not completely settled but at least the situation is better now. Then, I was hoping that the situation would change after the parliament presided.

Quite the contrary, the second month concluded with news of Sedition Act usages coupled by an international media coverage and basic needs price inflations.

In the meantime, for some personal reasons, I have already lost confidence in Najib. In order to be fair, I would not place a 100% blame on Pak Lah and his Administration for the rising price in commodity goods. It is a global phenomenon. At least, he is trying to do something about it like speaking with the Thai government to work out something.

On the other hand, I am really concerned is the usage of Sedition Act and the image of Malaysia in the eyes of the world.

As I said in an earlier post, shouldn't we place more emphasis on handling any potential economic crisis resulting from the U.S. economy meltdown? Otherwise, is it necessary to give voting Malaysians a chance to see more less than positive news in the eyes of the world? Would that really help in gathering more support for the government? This is too easy to answer and I leave this to the readers' discretion.

What Malaysians need are motivating international news and policies to propel the nation into the next level of development. A Federal government was chosen to perform great things and put the name of the country back in international papers with positive and great achievements, rather than spending time on using

Seditious Act,
Internal Security Act,
Official Secrets Act,
certain clauses of Printing Publishing and Presses Act and
Universities and University Colleges Act.

In fact, I believe some quarters want the Federal Government to repeal these acts. As a blogging Malaysian, I would sincerely hope to see that happen. Could it be possible when Barisan Nasional is still the Federal Government?

---------------------------------------------------------

Monday, May 12, 2008

Anwar berteka-teki isu lompat parti

Anwar berteka-teki isu lompat parti
Jimadie Shah Othman May 12, 08 8:42pm

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.

"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit.

Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu.

Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu.

Kita akan mempertimbangkan pilihan kita.

"Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa.

Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.

"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara.

Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.

Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab: "Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing.

Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat.

"Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.

Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN.

"Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai.

Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai.

Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.

Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.

"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan).

Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.

Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan.

"Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.

"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan.

Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat.

Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.

Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang."

Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu.

Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.

"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.

Mengulas isu pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, Anwar berkata media yang dimiliki Umno terus-terusan cuba menggambarkan pembangkang tidak menghormati institusi raja.

Dalam perbincangannya dengan Karpal, tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, ahli parlimen Bukit Gelugor "tidak bermaksud menyinggung atau tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu".

Beliau juga menganggap siasatan polis terhadap Karpal menunjukkan pihak berwajib menggunakan piawaian yang tidak konsisten apabila penghinaan terhadap institusi raja yang jelas seperti di Terengganu dilambat-lambatkan siasatannya.

"Ketua polis negara hanya menyegerakan siasatan terhadap ahli parlimen pembangkang," katanya.

"(Keadaan) ini mengesahkan kebimbangan rakyat selama ini bahawa dalam badan kehakiman, dalam siasatan polis, dalam pendakwaan Jabatan Peguam Negara, tidak banyak perubahan selepas pilihanraya yang lalu."

Press Statement - Royal Commission Report

Saturday, May 10, 2008

Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR?



Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR?


Saturday, May 10 @ 10:00:18 MYT




DALAM membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong Persidangan Penggal Pertama Parlimen Ke 12, Datuk Anifah bin Aman YB dari Kimanis, Sabah berucap panjang lebar pada 07 Mei 08.


Antaranya menyebutkan tentang lompat-melompat dari BN ke pembangkang sebaliknya. Apa benarkan andaian beliaupun akan turut melompat sama??


Maka di sini perturunkan sebahagian perbahasan tersebut…


‘Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi isu YB yang saya hendak YB beri penjelasan. Isu ini begitu menggores perasaan dan seolah-olah memberi penghinaan iaitu konon-kononnya wakil-wakil rakyat daripada Sabah ini melompat ataupun cross over untuk menyertai parti pembangkang. Adakah YB mempunyai maklumat ataupun boleh memberikan penjelasan tentang isu-isu yang sebegini?


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

YB Kinabatangan, terima kasih YB. Apa nasib malang Ahli-ahli Parlimen daripada negeri Sabah sudah pun dianaktirikan dituduh pula untuk melompat. Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada pengalaman melompat, barangkali ada di antara Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, saya mintalah Ahli YB supaya merujuk kepada pakar-pakar yang lompat. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat... (ada yang minta laluan) Ya, izinkan saya jawab dulu dan baru saya beri peluang. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat YB dan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada apa pada nama? Apa ada pada nama, sekiranya rakyat negeri Sabah dan juga rakyat di negara kita itu, masa hadapan mereka dan generasi yang akan datang tidak terjamin, maka selaku wakil rakyat kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara... [Tepuk]

Perkara lompat saya ingat tidak begitu serius. Apa yang penting sekali yang serius, bahawa pada hemah saya beratus-ribu, berjuta rakyat di Semenanjung Malaysia dalam lima buah negeri telah pun melompat. Kenapa hendak dipersoalkan tentang beberapa pemimpin di negeri Sabah yang hendak melompat. Kalaupun ia benar, kalau ia ialah sebab untuk memperjuangkan rakyat di negeri Sabah pada hemat saya tidak ada salahnya... [Tepuk]

Sebelum pihak pembangkang ghairah, saya pun tidak ada niat untuk melompat... [Tepuk] Silakan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]:

Saya mohon penjelasan, adakah usaha lompat melompat ini dilakukan oleh kumpulan desperado yang beria-beria tidak mengakui hakikat bahawa 140 itu sebenarnya duduk di rumah banglo, yang kumpulan itu adalah duduk dalam rumah teres paling besar pun semi-d. Kenapa yang daripada rumah besar hendak masuk rumah kecil? Rumah kecillah yang patut masuk dalam rumah besar? Adakah YB setuju?


Beberapa Ahli: [Ketawa]


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

YB sebenarnya, saya setuju dengan YB. Apa gunanya rumah besar itu melompat ke rumah yang kecil tetapi kalau rumah yang besar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya. [Ketawa]

Kalau rumah yang sebesar itu, banglo yang sebesar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya... [Disorak]

Jadi haruslah pada orang-orang yang tertentu, haruslah mengambil kira semua rakyat tanpa mengira suku kaum, bangsa dan agama... Di negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Janganlah setelah kita menyumbang beberapa kerusi yang begitu banyak...


Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyentuh semula yang disentuhkan oleh YB daripada Kimanis awal-awal lagi di mana beliau berkata bahawa ramai rakyat di Sabah ini tidak berapa senang hati oleh sebab, pemberian kontrak itu bukan diberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan tetapi ia diberikan kepada orang-orang luar. Bagi kita untuk mengambil tindakan, supaya kita boleh menjustifikasikan statement itu bolehkah Ahli YB daripada Kimanis memberikan satu senarai yang lengkap, siapakah kontraktor dari luar itu dan apakah jenis kerja-kerja yang diberi kepada mereka itu?


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Saya ingat YB Timbalan Menteri, bahawa itu bukan adalah alasan oleh kerana kita tidak diberi kontrak bukanlah alasan untuk kita melompat. Walau bagaimanapun, saya ingat mintalah kepada menteri-menteri yang berkenaan senarai-senarai kontrak yang telah pun diberikan kepada mereka...


Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]:

Apakah YB sedar apabila timbul isu lompat melompat menjadi perhatian di Sabah kerana di Sabahlah paling banyak parti politik di mana ramai parti politik di Sabah bertukar parti. Manakala di Semenanjung, ada juga termasuk saya... [Ketawa]

Dan bertukar parti bukan bertukar agama. Dalam parti Keadilan pun dulu UMNO, sekarang parti Keadilan, lompat juga. Dalam PAS pun ada tetapi selalunya orang tuju pada saya. Yang sebenarnya di Sabah sendiri bermula dengan UPKO, USNO, ada AKAR ada BERJAYA kemudian UMNO. Lima, enam parti tukar tetapi kenapa saya pula dituju sebagai katak. Ramai katak dalam Dewan Rakyat ini... [Ketawa]


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti adakah itu satu perkara yang malang bagi YB ataupun satu penghormatan bahawa YB ini fleksibel, boleh dua cuaca atau dua alam... (ada yang minta laluan) Nanti saya habiskan ini dahulu. Tuan Yang di-Pertua bahawa di Sabah ini, kita sudah bertukar empat kerajaan sejak merdeka. Saya ingat, bertukar satu lagi tidak ada susahnya, tetapi kita sebenarnya yang ajar kita melompat ini bukan daripada Sabah. Ajar kita melompat daripada orang daripada sini juga, dan guru yang ajar kita melompat masih ada dalam pihak pembangkang.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:

YB, tukar parti dengan melompat berbeza. Yang Sabah dua orang itu melompat, tapi tukar parti itu mungkin ramai. Jadi dia dua kategori yang berbeza Yang Berhormat ya!


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Saya ingat matlamat akhir-akhirnya Tuan Yang di-Pertua, matlamat sama juga. Macam YB daripada Pasir Mas, dia kata YB itu bebas tapi dalam hakikinya dia sudah melompat. Jadi sama ada parti atau dari segi individu, saya ingat matlamat yang akhir-akhirnya sama juga, bahawa ia berhijrah daripada satu parti ke parti yang lain. Sila YB Kuala Krau.


Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. YB Kimanis, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada YB. Dari sudut manakah sama ada pembangunan atau taburan, yang perlu orang Sabah dapat yang anggapan daripada orang Sabah, Sabah dianaktirikan kerana kalau tengok dari segi pembangunan, pembangunan wilayah ini juga meliputi negeri Sabah dan negeri-negeri yang berada diSemenanjung.


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Terima kasih YB, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan YB, ada berapa kali YB datang ke negeri Sabah?


Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]:

Dua tiga kali.


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Dua tiga kali tidak mencukupi YB untuk menilai rasa hati orang-orang Sabah. Jadi kalau YB seperti Ahli-ahli YB daripada Sabah yang sering menyuarakan tentang... (ada yang minta laluan) ...Tunggu sekejap, tentang perasaan rakyat Sabah. Barangkali inilah daripada satu punca masalah bahawa apabila ada pemimpin-pemimpin datang dua tiga kali sudah membuat satu rumusan, bahawa Sabah itu apabila mereka datang cuma sampai ke Kota Kinabalu sahaja YB. Tidak pergi kawasan-kawasan seperti Kinabatangan, Beluran dan kawasan Kalabakan. Jadi inilah satu fenomena yang kita sama sekali kita menolak oleh kerana datang ke Sabah dua kali, tiga kali sudah membuat andaian. Sedangkan kita yang selaku Ahli YB yang turun ke kawasan pada tiap minggu maka pandangan kita selalu diketepikan. Ini daripada satu masalah, masalah pemimpin-pemimpin kita termasuklah YB dari Kuala Krau. (minta laluan) Ya, YB Kota Belud.


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]:

Terima kasih YB Kimanis. Tadi YB Bagan Datok mengatakan apa gunanya berpindah daripada banglo masuk ke rumah teres. Saya ingin bertanya dan minta penjelasan daripada YB Kimanis, apakah kalau banglo ini ditambah rumahnya, ditambah biliknya dicantikkan, bilik airnya besar, tamannya besar, saya rasa YB Kimanis mungkin tidak mahu mencadangkan supaya ada perpindahan ke rumah teres. Saya percaya sebelum saya tengok tadi ada juga pihak-pihak pembangkang yang tersenyum sinis, mendengar penjelasan dari YB Kimanis tetapi saya rasa secara peribadi, saya telah mengetahui perasaan dan cara YB Kimanis bercakap tadi hanyalah mengusik dan meminta supaya hanya banglo ini ditambah. Pertanyaan saya ialah, apakah YB Kimanis mahu meletakkan tarikh atau masa yang tertentu untuk menambah bilik dalam banglo ini? Terima kasih.


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Tuan Yang di-Pertua, Ahli YB daripada Kota Belud, bahawa bukan kita yang menetapkan tarikhnya. Itu adalah satu-satu isu yang kita mempertikaikan bahawa, biar pun kita dalam satu rumah banglo yang besar, tapi kita tidak merasa nikmat. Nikmat yang dirasai oleh kumpulankumpulan dan orang-orang yang tertentu. Jadi apabila kita bersuara YB, apabila kita mengutarakan perasaan rakyat, mereka menganggap kita hendak melompat. Sudahlah kita dianaktirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianaktirikan dan di hina pula, ke mana kita nak pergi? Rumah teres pun, tereslah YB. [Ketawa]

Apa gunanya banglo kalau sekumpulan sahaja yang merasai nikmat. Kita mahu biarpun teres sama-sama kita kongsi. Kalau pun banglo, sama-samalah kita menikmatinya. (laluan) Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam banglo pun tidur di tepi tandas, apa gunanya.


Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada persoalan mengenai sebab mengapa rakyat Sabah ini merasakan dianaktirikan. Selain daripada mungkin pengagihan-pengagihan projek dari segi peluang-peluang projek dan sebagainya. Adakah YB dari Kimanis bersetuju bahawa, ungkapan-ungkapan yang selalu kita dengar bukan sahaja daripada pemimpin biasa atau pun menteri-menteri yang selalu mengatakan “seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak”. Adakah TB bersetuju bahawa ungkapan seperti itu, selalu mengingatkan kepada kita bahawa kita ini seolah-olah sebagai penggenap sahaja. Terima kasih.


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Tuan Yang di-Pertua, YB daripada Tuaran. Itu yang susah hendak kita cerminkan pada rakan-rakan kita daripada Semenanjung. Sudah lebih 40 tahun, empat dekad kita merdeka, masih lagi isu seumpama ini timbul Dewan yang mulia ini. Kita telah pun, apabila kita bersuara, apabila mengutarakan, apabila kita cuba melalui saluran-saluran yang tertentu, tapi ianya sampai hari ini masih lagi isu seumpama itu wujud. Kenapa dia masih wujud? Sama juga dengan masalah-masalah yang lain. Bukankah bererti apabila kita menyuarakan hasrat, inspirasi rakyat kita menentang kerajaan. Bukan erti kalau kita mengeluarkan satu-satu kata-kata yang kemungkinan keras bukan erti kata kita hendak melompat, tetapi sebenarnya saya sering katakan apa yang kita usahakan pada hari ini, apa yang kita suarakan pada hari ini di Dewan yang mulia ini ialah supaya rakyat negeri Sabah jangan melompat seperti apa yang berlaku pada lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini. Itu yang kita hendak pertahankan, bukan kita hendak melompat. [Tepuk]


Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB dari Kimanis. Agaknya YB Kimanis ini agak sedih sikit. Di mana kita tahu bahawa perjalanan politik khasnya daripada pemimpin-pemimpin pusat ini tidak begitu mengambil berat atas keluhan kita di Sabah, khasnya di kawasan-kawasan luar bandar. Adakah YB Kimanis setuju sekiranya kita minta supaya satu kementerian khas bagi Sabah dan Sarawak ini, supaya kita dapat betul-betul meninjau dan juga mengambil berat tentang hal-hal mengenai affair di Sabah dan Sarawak ini.


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Tuan Yang di-Pertua, YB daripada Sepanggar, saya setuju. Saya setuju, tapi apabila kita meminta sesuatu kadangkalanya janji, dan janji tidak pernah ditunaikan. Jadi apa yang ada di hadapan kita itu, kalaulah kita dijanjikan macam kita berjanji dengan rakyat, tolonglah tunaikan pada pihak-pihak yang tertentu, supaya kita juga boleh menunaikan janji kita pada rakyat kita sekalian.


Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. YB Kimanis, saya mendengar hujah-hujah YB tadi, yang menyebut tentang daripada rakyat nanti yang melompat, maka lebih baiklah apa YB bangkitkan itu diberikan perhatian, bukannya wakil rakyat yang akan melompat, tapi bimbang rakyat yang akan melompat. Jadi berasaskan kepada perkara tersebut, saya ingin bertanya kepada YB. Saya dengar YB menyebut tentang soal perasaan dan sebagainya, tersinggung, kecil hati. Jadi apakah perkara ini YB rasa tidak boleh diperbetulkan kerana yang kita pentingkan ialah kepentingan rakyat, rakyat memilih kita. Jadi pandanganYB ialah kalau wakil rakyat itu melompat, apakah ini juga tidak sebenarnya, tidak adil kepada rakyat yang memilih kita dan atas asas itu apakah YB bersetuju bahawa Akta Anti Lompat ini dibawa ke Parlimen ini supaya jangan ada wakil rakyat yang melompat parti, apa pandangan YB?


Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

Ya, saya tidak setuju. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju kalau Anti Hop Law dibawa ke Dewan ini. Adakah kita mahu ia menjadi satu police state yang kita tidak mempunyai satu kebebasan untuk memilih. Biarpun kita bertanding pada misalnya tiket sesebuah parti atau sesebuah organisasi, tapi kalau pemimpinnya menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita harus akur, adakah kita harus bertahan dan memperjuangkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau parti-parti yang keluar daripada matlamatnya, at the expense of the people, dengan rakyat. Tapi cuma apa yang saya katakan di sini, barangkali saya setuju dengan YB daripada Batu Pahat bahawa apa yang penting bukan soal pemimpin melompat, apa yang penting kita kaji kenapa rakyat sudah melompat. Itu yang harus kita pertikai dulu. Itu yang harus kita lihat dan kaji kenapakah rakyat-rakyat sudah melompat dan apa gunanya yang tinggal pemimpin saja. Apa gunanya pemimpin tanpa rakyat. [Tepuk] ...hendak saya suarakan supaya pemimpin faham bahawa supaya rakyat kita tidak melompat di pilihan raya akan datang. Itu yang kita sarankan.’


Datuk Anifah Hj Aman khabarnya telah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri kerajaan Pusat, tapi beliau menolak. Apakah beliau sudah tidak mahu berpihak kepada BN lagi, atau suatu isyarat yang beliau akan menyeberang atau melompat sokongan? Sekian catatan santai kali ini. Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 09-05-08. KL. "

Wednesday, May 7, 2008

Mano angkat sumpah Adun pagi ini

http://www.malaysiakini.com/news/82507

Mano angkat sumpah Adun pagi ini
May 8, 08 11:56am

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), telah mengangkat sebagai Adun pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah itu diadakan di Kem Tahanan Kamunting pada jam 9 pagi, dihadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Manoharan, yang mewakili DAP, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Kesemua Adun di Selangor, kecuali Manoharan, mengangkat sumpah pada 22 April lalu.

Sebelum ini, dua calon DAP yang ditahan di bawah ISA - Chan Kok Kit yang menang kerusi parlimen Sungai Besi dan Chian Heng Kai (Batu Gajah) dalam pilihanraya 1978 - mengangkat sumpah dalam kem tahanan.

Sementara itu, Teng berkata, upacara angkat sumpah tersebut berlangsung di bilik mesyuarat di kem tersebut.

Selain wakil dari kerajaan negeri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara, turut hadir ialah bapa dan isteri Mano serta tiga orang anaknya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Teng berkata, Mano kelihatan sihat dan segar.

Menurutnya, Mano terharu dengan majlis diadakan hari ini, dan berharap beliau akan dibebaskan lebih awal.

Teng berkata, ini kerana mendapat undi yang banyak dalam pilihanraya umum lalu dan ini menunjukkan pengundi dan masyarakat tidak melihatnya sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Majis itu diikuti dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak kem.

Sementara di luar kem tersebut kira-kira 50 orang berkumpul sambil membawa kain rentang.

Tuesday, May 6, 2008

KELANTAN: P25 - Bachok: Nasharudin Mat Isa


O O O O O O O O O O O O O O O O O O O O O O O O O