Saturday, May 1, 2010

23 Mei 2010 tarikh keramat, Pelancaran DHPP Peringkat Kebangsaan




http://p111kotaraja.blogspot.com/2010/05/23-mei-2010-tarikh-keramat-pelancaran.html

Saturday, May 1, 2010
23 Mei 2010 tarikh keramat, Pelancaran DHPP Peringkat Kebangsaan

Kepada rakan bloggers - sila publish banner ini diblog masing-masing, terima kasih


Kuala Lumpur 1 Mei 2010 - Kelab Penyokong PAS selepas ini dikenali Dewan Himpunan Penyokong PAS mulai 23 hb Mei 2010 nanti, ia adalah sebahagian dari usaha susulan parti sebagai satu pengiktirafan tertinggi terhadap sokongan bukan Islam terhadap Parti PAS


Masyarakat di seluruh dunia dan Malaysia sedang menunggu dengan penuh debaran dan penuh perhatian akan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ini dengan penuh debaran dan seribu pertanyaan bagaimana keajaiban boleh berlaku dimana puluhan ribu masyarakat non-muslim di seluruh negara boleh bersetuju untuk masuk kesebuah Parti Islam Se Malaysia (PAS)


Bagi yang terlibat menjayakan Pelancaran Dewan ini "You are part of history making".


Orang kuat disebalik pelancaran ini ialah Penasihat Program, YB Dr Mujahid, Pengarah Program, YB Dr Halimah Ali, Pengurus Event, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Setiausaha, Pn Hajjah Kamariah Naris, Bendahari, YB Dr Ahmad Yunus Khairi, YB M. Zainuddin Mohd Yusof, YB Firdaus Jaafar, AJK Lajnah Perpaduan Nasional BPPNS (selaku tuan rumah), AJK LPN PAS Pusat, AJK LPN DMPP, AJK LPN DPPP, KPP, En Hu Pang Chow, En. Balasubramaniam, LPN PAS Kota Raja, Klang dan Shah Alam..


PAS pusat telah meluluskan perlembagaan khusus bagi sayap baru itu dengan Majlis Pelancaran akan dilakukan oleh YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tanah Klang bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang.


Kira-kira 1000 orang jemputan akan hadir dalam majlis yang penuh gilang gemilang dan bersejarah ini. Para Perwakilan terdiri dari semua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS, Perwakilan negeri terdiri dari LPN dan KPP. Surat-surat jemputan kepada para perwakilan akan dikeluarkan oleh AJK Panitia Pelancaran Pn Hajjah Kamariah merangkap Setiausaha LPN PAS Pusat.

AJK Panitia Pelancaran DHPP bermesyuarat di Pejabat PAS pusat di Pengerusikan oleh Pengarah Program YB Dr Halimah Ali, turut hadir YB Dr, Siti Mariah, Dr Ahmad Yunus, YB Zainudin, Hu Pan Chow, Balasubramaniam, Vincent Lee serta AJK LPN BPPNS.

Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban. Ia ditubuhkan pada tahun 2004.


Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, usaha mengiktiraf ‘kehadiran’ penyokong bukan Islam dalam bentuk “dewan” akan membolehkan mereka menjadi pemerhati khas dalam muktamar.

Mujahid berkata, perlembagaan induk membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.


“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.


Draf perlembagaan Dewan Himpunan Penyokong PAS, kata beliau, telah tiga kali dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat PAS dan telah diterima untuk diguna pakai.


Draf itu membolehkan Dewan Himpunan Penyokong PAS ditubuhkan di peringkat pusat, negeri dan kawasan.


“Tetapi tiada Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat cawangan,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai ketiadaan hak mengundi, Mujahid yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, peruntukan itu memerlukan pindaan pada perlembagaan induk parti yang kelulusan Pendaftar Pertubuhan juga akan mengambil masa yang lama.


Bagaimanapun apabila usaha terbaru ini diterima ramai langkah meminda perlembagaan induk akan dilakukan dalam jangka panjang, tambah beliau.


“Kami hendak menjalankan perubahan secara berperingkat-peringkat,” katanya.


AHLI JAWATANKUASA PANITIA PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS


* Penaung & Perasmi : YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.
* Penasihat : YB Dr Mujahid Yusuff Rawa
* Pengarah Program : YB Dr Halimah Ali
*Timbalan Pengarah : En Khairul Faizi Ahmad Kamal, En Hu Pan Chow, En Balasubramaniam, En M. Shahriezan.
* Setiausaha : Pn Hajjah Kamariah bt Naris
* Penolong S/U : En Muslim Ismail
* Bendahari : YB Dr Ahmad Yunus Khairi
* Pendaftaran : AJK LPN DMPP & AJK LPN DPPP
* Tugas-tugas khas : En B. Balendran
* Jemputan : Pn Hajjah Kamariah & En Muslim
* Protokol : YB Zainudin Yusof & YB Firdaus Jaafar
* Event Manager : YB Dr Siti Mariah Mahmud
* Banner, Bunting
& Backdrop : En Razif Maslan (Kota Raja)
* T-Shirt Koporat : En Sujak (Kapar) & En. Razif (Kota Raja)
dan Imej
* Montaj & Gimik Pelancaran : En Shamsul & Adly Zahari
* Cenderahati : Dr Hamzah Jaafar
* Unit IT & Video : En Sujak, En Zul, En Shamsul Bharin
* Persiapan Tempat : En Razif Maslan (Kota Raja)
* Pengerusi Majlis : En. Prasad Hanif
* Persembahan : Citrawarna 3 budaya : LPN Shah Alam
* Jamuan : Pagi : En Azmi (Kota Raja), Tengahari : Jasni, LPN Klang
* Jasamu dikenang : YB Dr Mujahid
* Sidang Akhbar : YB Salehuddin Ayob


Disediakan oleh : En.Razif Maslan, Sekretariat Parlimen Kota Raja, merangkap AJK Panitia Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Posted by Sekretariat Parlimen Kota Raja at 11:43 PM

http://p111kotaraja.blogspot.com/2010/05/23-mei-2010-tarikh-keramat-pelancaran.html