Wednesday, December 24, 2008

PELANCARAN KEMPEN JOMSERTAI PAS

http://jomsertaipas.com/



PELANCARAN KEMPEN JOMSERTAI PAS
Written by webmaster
Pelancaran kempen "JOM SERTAI PAS" akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27 Disember 2008 (Sabtu)

Masa : 3.00 Petang

Perasmi : YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang (Presiden PAS)

Turut Hadir : Ust Hj Ahmad Awang (Naib Presiden PAS)

YB Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS)


============================================
JOM SERTAI PAS
Written by rusli

Keputusan Pilihanraya ke-12 pada Mac 2008 membuktikan PAS diterima oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Sokongan kepada PAS bukan sahaja daripada kalangan orang-orang Islam, malah terdiri daripada orang-orang bukan Islam.


Justeru itu pemuda PAS akan menggerakkan kempen "Jom Sertai PAS" yang bermula Januari 2009 sehingga Mac 2009.


Bersama dengan tema "Pas Untuk Semua", kami mengajak semua rakyat tanpa mengira jantina, agama dan bangsa bersama-sama dengan PAS, terutamanya golongan muda-mudi.


Melalui kempen ini, rakyat yang berminat untuk bersama dengan PAS boleh mendaftar menjadi ahli PAS. Pelbagai aktiviti dan program akan disediakan supaya rakyat dapat mengenali PAS dengan lebih dekat.


Kami mensasarkan 100,000 ahli PAS dan kelab penyokong PAS sepanjang tempoh Kempen ini.


http://www.jomsertaipas.com/

No comments: