Tuesday, August 26, 2008

Kita Menang! We Won!

— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

————————
PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 AUGUST 2008

We won! And our victory is decisive and overwhelming.

I share in the joy felt by all Malaysians on this historic day. This is a victory for the people. And it’s great to be back!

On March 8th Malaysians voted for a New Dawn. Today, on the eve of our independence day, we have reasserted that call. We celebrate our nation’s independence in the spirit that our founding fathers intended - a nation of one and a people united.

In the face of the greatest adversity, our campaign focused on the issues that matter to Malaysians. Our calls for national unity, good governance and a vibrant democracy have silenced the voices of racist chanting, those who profit from the abuse of power and exploit the politics of fear and deceit.

We have promised a New Dawn for Malaysia and we will deliver on our promise. We will forge ahead on our Malaysian Economic Agenda to revive the economy, and to uplift the poor and the marginalized of all races. We will restore the integrity of the judiciary, fight corruption and build a truly unified nation.

We will be a government that is totally committed to realizing the people’s aspirations.

With the success of the eight of March and tonight’s resounding victory, I daresay we are indeed ready to face the challenges of the future, together.

We could not have won without the firm, unwavering support of our friends in the Pakatan Rakyat and the tens of thousands of Malaysians – Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadhazans - who have come to Permatang Pauh to work hard for this victory. I truly appreciate your courage, conviction and valour; and congratulate your commitment to our shared principles of freedom, justice and democracy.

This may be one small step for Permatang Pauh but one giant leap for the people of Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

1 comment:

asalbayu said...

Tahniah atas kemenangan besar yang diraih. Selepas ini Dato akan jadi Ketua Pembangkang (mengikut istilah di Malaysia). Diharap formula mengenai mengekang kenaikan harga minyak paling awal dapat diperkatakan kelak, kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang keperluan yang sangat memeritkan kalangan warga di luar bandar (desa). Kemudian suarakan perkara yang berkaitan dengan usaha-usaha mendaulatkan Bahasa Melayu yang kini diperlekehkan bila subjek Sains dan Matematik diajar dengan menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Konon ia bertujuan agar penguasaan Bahasa Inggeris di kalanngan pelajar dapat direalisasikan tetapi Bahasa Melayu berada di kelas dua di samping tulisan Jawi juga turut lupus. Sebenarnya pada pendapat saya itu bukan caranya. Sebaliknya kaedah pengajaran subjek Bahasa Inggeris itulah yang sewajarnya dititikberatkan. Dengan menggunakan pengantar Bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik pada hemat saya dan sudah tentu ramai yang bersetuju dirasakan tidak praktikal sama sekali. Akhir sekali Dato wajar heret mereka yang buat tohmahan kononnya Dato adalah agen Yahudi dan negara asing ke muka pengadilan tanpa mengira siapa dia. Juga Dato wajar bersihkan diri dari keaiban yang telah dipalitkan kepada Dato sekeluarga. Saya dan beberapa orang kawan juga akan mengheret ke muka pengadilan pihak yang telah menganiaya kami. Akan saya berikan butir-butirnya kelak. Sekali lagi tahniah buat Dato dan PKR dengan harapan akan berlaku perubahan selepas ini. Salam.