http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/isu-pahang-keperluan-laman-blog-masih.html
05 October 2008
Isu Pahang: Laman Blog, Masih Ramai Pemimpin Pakatan Rakyat Pandang Remeh !!
Biarpun keperluan menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini adalah perkara penting dalam memberi info kepada rakyat, namun Pahang Daily masih gusar dengan keadaan yang berlaku di Pahang. Setakat ini, pihak kami hanya mendapati hanya PAS Pahang sahaja yang mengambil iniseatif ini. Pimpinan PAS Pahang dilihat terlebih "advanced" dalam mendekati rakyat di era siber ini, berbanding dengan pimpinan PKR dan DAP. Justeru itu, kami amat kecewa melihat keadaan ini. Sedangkan semua pemimpin terbabit tahu akan kekuatan Pakatan Rakyat mutakhir ini adalah bergantung kepada internet laman-laman "Blog". Bahkan ini diakui oleh pihak kerajaan dalam pilihanraya umum Mac lalu. Namun, mengapakah perkara ini diambil "acuh tak acuh" dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat di Pahang terutamanya yang melibatkan pemimpin PKR sendiri.
Lebih mengecewakan sekali, ada sesetengah pemimpin yang menganggap kekuatan mereka bukanlah bergantung kepada "blog" dan "internet". Kononnya, ia adalah hasil usaha dan kerja keras mereka sejak sekian lama. Inilah dia kenyataan "bangang" yang amat merugikan sekali. Sepatutnya mereka mengambil langkah awal untuk mendekati rakyat. Ini kerana "blog" bukan sahaja bertujuan untuk mereka menyampaikan amanat kepada rakyat. Tetapi ia juga adalah merupakan "Diari Online" yang boleh digunakan untuk memaparkan segala aktiviti berkaitan ceramah, program kebajikan dan sosial serta lain-lain yang melibatkan diri pemimpin terbabit. Disamping itu juga dengan blog mereka boleh memaparkan gambar-gambar penting segala aktiviti yang berkaitan. Ini secara langsung dapat memberi info yang berguna kepada rakyat bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat malahan juga BN sendiri.
Malahan, dengan adanya blog peribadi masing-masing, maka rakyat setempat lebih mudah untuk beriteraksi dengan pemimpin terbabit menerusi ruangan "borak siber" dan sebagainya. Bukankah ini memudahkan untuk mereka mendekati serta mendengar masalah dan rintihan rakyat. Jangan fikir dengan adanya blog ia hanya untuk "popular" semata-mata, lantaran itu bagi mereka populariti tidak diperlukan sebaliknya kerja yang penting. Itu semua adalah alasan yang tidak munasabah langsung. Sedangkan kini pemimpin UMNO/BN sibuk dengan blog masing-masing, tetapi masih ada pemimpin Pakatan Rakyat yang terlalu "jumud" berpolitik sehingga membelakangkan kepentingan dunia ICT seperti ini. Justeri itu, kami menyeru dan mempelawa kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat yang belum mempunyai "blog peribadi" masing-masing agar membuat tindakan mulai sekarang. Bukan sahaja blog peribadi pemimpin terbabit, malahan mereka juga perlu mengadakan blog untuk bahagian atau pun cawangan sendiri. Mengapa memandang remeh keperluan ini, sedangakan ada pihak-pihak yang berminat untuk memberi tunjuk ajar perkara ini?.
Fuziah Salleh (Kuantan) dan Azan Ismail (Indera Mahkota)
Justeru itu dibawah ini dipaparkan statistik blog pemimpin yang ditemui dan tidak ditemui. Apatah lagi bagi pemimpin yang menjadi Ahli Parlimen, DUN, Ketua, Exco parti berkenaan. Bagi Ahli Parlimen Pahang, blog yang ditemui hanyalah YB Fuziah Salleh (Kuantan) dan blog yang tidak ditemui YB Azan Ismail (Indera Mahkota). Manakala bagi ADUN pula blog yang ditemui tiada, manakala blog yang tidak ditemui ialah kesemua ADUN berkenaan iaitu YB Leong Ngah Ngah (DAP Triang), YB Choong Siew Onn (DAP Tras), YB Tuan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS Kuala Semantan), YB Tuan Syed Mohammed Tuan Lonik (PAS Beserah) dan YB Ho Yip Kap (BEBAS Tanah Rata). Kami gagal menemui blog pemimpin berkenaan setakat ini.
Lima orang ADUN Pakatan Rakyat & Bebas di Dewan Undangan Neger Pahang
Pulp fiction and the types of BN supporters
-
Sunday, 25 September 2011 00:45
Pulp fiction and the types of BN supporters Written by Ismail Dahlan,
Malaysia Chronicle
*There are three main ...
13 years ago
1 comment:
Setuju sangat dgn apa yang ditulis. Kalau pimpinan dari Kuantan, Temerloh, Bentong tak ada email dan tak ada blog; ini memang kalutlah.
Tapi, kalau untuk kawasan-kawasan pedalaman spt Kuala Krau, Cheka, Kemayan, etc. tak reti nak katalah.
Tak ada kemudahan beb, saya di Kuala Krau, tak ada kemudahan. Tapi oleh kerana pejabat saya di Temerloh, maka adalah line; bolehlah buat email, bolehlah ada blog; dan bila berada di K.Krau, tak dapat nak buat, nilah yg dikatakan "kemajuan langit terbuka Negeri Pahang".
Post a Comment