http://pkwrjerai.blogspot.com/Monday, July 28, 2008
Gunung Jerai bakal jadi tarikan pelancong
Gunung Jerai bakal menjadi satu lagi destinasi pelancongan utama bagi negeri Kedah apabila kerja baik pulih prasarananya siap sepenuhnya tidak lama lagi. Semasa tinjauan oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai) baru-baru ini kerja-kerja pembinaannya giat dijalankan.
Ketika ini kerja-kerja pembinaan telah menjangkau 70% dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Disember 2008 yang akan datang.
Menurut kontraktor yang terbabit dengan kerja-kerja ini, apabila siap kelak hotel ini akan mempunyai 74 bilik termasuk 24 unit yang baru dibina, 1 dean besar dan 2 dewan seminar yang keseluruhannya boleh menampung jumlah pengunjung yang ramai.
Selain itu, projek tanaman sayuran hidroponik secara komersial dan penanaman strawberi juga makin menampakkan hasilnya dan ianya bakal menjadi tarikan pelancong ke Gunung Jerai.
1 comment:
YB, saya ingin memberikan satu cadangan. Tapak hospital lama yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Bedong dan Padang Awam Bedong sesuai untuk dibangunkan menjadi pusat riadah keluarga. Ini kerana Bedong telah berkembang pesat dan sekarang mempunyai penduduk yang ramai. Justeru Yang Mulia Sultan Kedah telah menerima Anugerah Jubli Emas 50 pemerintahan, saya berharap taman berkenaan dinamakan sempena Anugerah berkenaan. Pusat riadah yang saya maksudkan adalah seperti Taman Jubli Perak di Sungai Petani. Harap dipertimbangkan. Sekian Terima Kasih.
Post a Comment