http://kppr.wordpress.com/
Sekitar Perhimpunan Rakyat di Kelana Jaya (6 Julai 2008)
By kppr
Oleh TRUKSTER
Perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak bermula kira-kira jam 10.15 tadi dengan ucapan penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.
Pada jam 10.20 pagi tadi, terdapat kira-kira 5,000 dalam Stadium Kelana Jaya. Jumlahnya semakin bertambah kerana orang ramai sedang masuk ke dalam stadium.
Jumlah orang ramai meningkat kepada kira-kira 10,000 pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Mereka memakai baju-T berwarna merah yang tertera dengan tulisan Protes sampai turun dan gambar pam minyak.
Pada masa yang sama risalah yang bertajuk Minyak Oh Minyak turut diedarkan kepada para hadirin.
Turut berucap setakat ini ialah wakil Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), S Jayathas; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Pengarah Eksekutif Tenaga, Irene Fernandez.Dalam ucapannya tadi, Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai berkata, rakyat menjadi bidak-bidak catur yang disuruh berkorban dan mengubah cara hidup dan pelbagai cadangan yang karut-marut dari kerajaan.
Ucapan mereka diselangseli dengan teriakan takbir, reformasi dan makhal sakti.
Difahamkan, program sepanjang hari ini akan dipenuh dengan ucapan para pemimpin, khususnya dari Pakatan Rakyat.
Manakala di luar kawasan stadium terdapat gerai-gerai di sepanjang jalan di situ yang mula berniaga sejak semalam.
Mengikut program yang disediakan, para pemimpin Pemuda dan Wanita Pakatan Rakyat akan berucap mulai jam 2 petang ini.
Mereka yang disenaraikan untuk berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar; Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, Wan Hasrina Wan Hassan (PAS) dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) dan Nathan dari Alligal.
Pada jam 3 petang pula, acara pra puncak 1 akan berlangsung dengan ucapan barisan pemimpin yang terdiri daripada Anthony Loke (DAP), Teresa Kok (DAP), Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS), Dr D Jayakumar (PAS), Azmin Ali (PKR) dan Mohamad Sabu (PAS).
Manakala persembahan dikir barat pula akan dijadualkan pada jam 4 petang, diikuti dengan persembahan muzik politik.
Acara pra puncak 11 pula akan berlangsung pada jam 5 petang dengan ucapan oleh pimpinan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Mereka terdiri daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (menteri besar (MB) Selangor), Lim Guan Eng (ketua menteri Pulau Pinang), Datuk Husam Musa (wakil MB Perak) dan Datuk Ngah Kor Ming (wakil MB Perak).
Sekali lagi para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan dikir barat pada jam 6 petang.
Ini diikuti oleh solat Maghrib dan solat Hajat berjemaah.
Pada jam 8.15 malam, akan berlangsung persembahan teater oleh wakil Kampung Berembang dan diikuti dengan persembahan muzik politik.
Selepas itu para hadirin akan dipersembahan dengan imbasan warisan PROTES 2006-2008.
Manakala acara kemuncak ialah pidato protes sejuta rakyat yang akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, pemimpin DAP Lim Kiat Siang dan Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim.http://kppr.wordpress.com/
Pulp fiction and the types of BN supporters
-
Sunday, 25 September 2011 00:45
Pulp fiction and the types of BN supporters Written by Ismail Dahlan,
Malaysia Chronicle
*There are three main ...
13 years ago
No comments:
Post a Comment