Monday, April 21, 2008

GMI jumpa Menteri Besar Selangor

Oleh Norlaila Othman,
Keluarga Tahanan ISA,
Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Pada 16 April 2008, saya telah berpeluang bertemu dengan MB Selangor yang mewakili Pakatan Rakyat pasca PRU12, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim .

Saya ditemani oleh Bendahari GMI, Puan Nashita Mohd Noor.

Saya hadir ke majlis itu bersama-sama gabungan NGO yang ingin bertemu dengan MB untuk berbincang tentang sokongan dan kerjasama yang akan dapat di berikan oleh gabungan terhadap kerajaan yang baru ini.

Seramai hampir seratus peserta hadir mewakili lebih enam puluh badan bukan kerajaan di Malaysia di ketuai oleh SUARAM.

Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 3.00 petang telah terpaksa di tunda ke pukul 5.00 petang kerana Tan Sri Khalid terpaksa menyelesaikan irisan denga pihak polis berkaitan isu perhimpunan "Black 14".

Walaupun dua jam lewat dari jadual asal, tetapi sebaik Tan Sri masuk ke Bilik Gerakan SUK itu, semua kegelisahan peserta hilang dan bertukar kepada dengan suasana ceria.

Saya adalah salah seorang dari barisan panel yang membentangkan isu rakyat kepada MB dan barisan exconya.

Exco yang hadir pada petang itu adalah YB Elizabeth Wong, YB Ronnie Liu, YB Dr Halimah Ali, YB Nik Nazmi,YB Rodziah Ismail dan YB D Jayakumar.

Selain saya, ahli panel yang lain ialah Gerald Joseph dari KOMAS, Cynthia Gabriel dari SUARAM, Gayathri dari Center of Independent Journal dan Maria Chin dari Sisters In Islam.

Majlis itu di pengerusikan oleh Yap Siew Seng dari SUARAM.

Seperti biasa, selain dari pelbagai isu utama rakyat seperti ketelusan pemimpin, kebebasan maklumat, isu pekerja, hak-hak wanita,anak-anak dan remaja, isu alam sekitar dan kebebasan berugama, saya tidak dapat lari dari isu utama yang sedang di perjuangkan iaitu mendedahkan kejahatan ISA yang mengancam kebebasan hak asasi rakyat negara ini.

Saya amat bersyukur kerana Tan Sri Khalid memberi respon positif kepada isu yang saya utarakan.Menurut beliau, selain memberikan sokongan mansuhkan ISA di Parlimen , beliau juga akan telah memberi pengakuan akan membantu semua keluarga ISA di Selangor melalui wang zakat yang disumbangkan oleh orang ramai.

Sebaik saja mesyuarat berakhir, saya telah bertemu dengan exco Selangor yang memegang portfolio Wanita dan Kebajikan, YB Puan Rodziah Ismail.

YB Rodziah dengan wajah ceria berjanji akan segera membantu kami mangsa ISA, mendapat pembelaan yang lebih baik lagi.

No comments: