Tuesday, April 22, 2008

Speaker atur Manoharan angkat sumpah

Speaker atur Manoharan angkat sumpah

Apr 22, 08 4:18pm
Upacara mengangkat sumpah tahanan ISA, M Manoharan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, akan diatur secepat mungkin, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim.Upacara tersebut akan diadakan dalam tempoh enam bulan dari tempoh seseorang itu dipilih sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya.

Manoharan, yang mewakili DAP menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Sekiranya Manoharan tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tersebut, kerusinya akan dikosongkan dan pilihanraya kecil perlu diadakan. "Saya akan aturkan tetapi belum tahu masanya. Kini sudah sebulan setengah berlalu.

"Jadi saya mengikut peraturan tetap dalam Dewan yang tidak menetapkan angkat sumpah itu dijalankan dalam dewan," katanya.Sebelum ini, dua calon DAP yang ditahan di bawah ISA - Chan Kok Kit yang menang kerusi parlimen Sungai Besi dan Chian Heng Kai (Batu Gajah) dalam pilihanrayA 1978 - mengangkat sumpah dalam kem tahanan.

No comments: