Wednesday, April 16, 2008

Kerajaan Pulau Pinang Umum Senarai Anggota Majlis Perbandaran

PULAU PINANG, 16 April (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan senarai anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terdiri daripada wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow berkata kedua-dua majlis itu masing-masing dianggotai 24 orang yang terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang."Mereka yang dilantik telah melepasi tapisan pihak polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.Katanya MPPP akan dianggotai 10 wakil DAP, PKR (tujuh) Pas (satu) dan NGO (empat) manakala bagi MPSP pula DAP (sembilan) PKR (lapan) Pas (satu) dan NGO (tiga)."Dua Pegawai Daerah bagi MPPP dan tiga Pegawai Daerah bagi MPSP dikekalkan jawatan mereka," katanya.Beliau berkata wakil NGO terdiri daripada anggota Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan India, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Women Centre for Change.Katanya berkata majlis angkat sumpah jawatan bagi anggota MPPP dan MPSP masing -masing akan diadakan pada Isnin dan Selasa depan.-- BERNAMA

No comments: